|
'10 AMALAN YANG
TERBALIK'
Marilah kita bermuhasabah atau
menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang
kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa
yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar
atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang
terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh
keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga,
ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh
Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak
makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan
mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang
kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak
ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
|
3. Ketika menghadiri majlis
pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap
Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada
yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa
adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
|
8. Semua ibubapa amat bimbang
kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas
tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran
atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau
kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan
RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar
RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah
terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat
baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,
tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.
11. Kita cukup teruja untuk
meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2.
Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan
maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan
sebegini kepada kawan2 kita??.....
|